Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
“ Pendidikan
di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Misi
KPM
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti
bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi
aspirasi negara Malaysia.
Matlamat
- Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
- Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketerampilan dan sejahtera.
- Menyediakan sumber tenaga manusia untuk
keperluan kemajuan negara.
- Memberi peluang pendidikan kepada semua
warganegara Malaysia.
Prinsip
Etika Kerja
Niat yang betul.
Perlakuan yang baik.
Penggerak ke arah kebaikan.
Memperkotakan apa-apa yang dikatakan.
Berdisiplin dan beradab.
Nilai-Nilai Utama dalam Etika Kerja
Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ikhlas
Penyayang
Piagam Pelanggan
- Kami warga Kementerian Pelajaran dengan penuh tekad dan iltizam,
berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
- menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu
bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi
matlamat perpaduan negara;
- menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras
yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
- memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira
latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang
sebaik-baiknya;
- mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan,
canggih, dinamik dan berteraskan pembaharuan yang berterusan;
- menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan
bijaksana;
- menyediakan staf yang mencukupi serta
berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan
produktif;
- menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang
selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu
selaras dengan amalan perkhidmatan penyayang;
- memastikan kementerian sentiasa peka dan responsif
kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan – murid, guru,
masyarakat dan negara/kerajaan; dan
- meningkatkan
kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu yang
terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010)
Teras
1 : Membina Negara Bangsa
Teras
2 : Membangunkan Modal Insan
Teras
3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras
4 : Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 : Memartabatkan
Profesion Keguruan
Teras 6 : Melonjakkan
Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Teras
Perkhidmatan Awam
- Berazam
meninggikan mutu perkhidmatan
- Bekerja
dengan penuh tanggungjawab
- Berusaha
mengikis sikap mementingkan diri
- Berkhidmat
dengan penuh muhibah dan kemesraan
- Bekerja
ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
- Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan
musuh-musuh negara
- Berpegang teguh pada ajaran agama.
Tonggak
Dua Belas
Pengaruh teladan
Kewajipan menjalankan tugas
Keutamaan kesabaran
Peningkatan bakat
Ketekunan membawa kejayaan
Kebijaksanaan berhemat
Menghargai masa
Kemuliaan kesederhanaan
Keseronokan bekerja
Ketinggian peribadi
Nikmat mencipta
Kekuatan sifat baik hati

